Subjek Semester 2
- Physic 2
- Chemistry 2
- Calculus
- Co curricular
Rutin kami pelajar utp apabila memulakan semester yang baru, kami akan pergi mendaftar makmal dan tutorial. Waktu kuliah kami adalah tetap. Tetapi kami diberikan kebebasan untuk memilih waktu makmal dan tutorial yang kita kehendaki berdasarkan pilihan yang mereka berikan.
Strategi saya cukup mudah. Saya tak nak ada kelas waktu malam dan saya tak nak ada kelas sampai petang. Alasan tak nak kelas malam sebab malam boleh dimanfaatkan untuk main game, berehat, keluar dengan member, join program dan semestinya untuk mengulangkaji pelajaran. *itu tipu* Alasan tak nak ada kelas sampai petang sebab waktu petang boleh keluar sukan. Tapi semester lepas boleh kira dengan jari berapa kali saya keluar bersukan. *pemalas*
Untuk semester kali ini, kami tak perlu berebut - rebut mendaftar makmal dan tutorial. Kerena waktu makmal dan tutorial untuk setiap jurusan telah ditetapkan. Terpaksalah kami redho dengan keputusan yang telah peringkat pengurusan tetapkan. Mujur masa makmal untuk semester kali ini menarik. Untuk aliran kejuruteraan mekanikal, makmal physic dan chemistry. Hari isnin jam 11:00 - 1:00 dan 3:00 - 5:00.
Yang tinggal adalah untuk mendaftar tutorial calculus. Dan seperti yang dijangkakan, 30 minit sebelum masa pendaftaran, ramai pelajar dah berkumpul dan bersedia untuk mendaftar. Semua "berusaha" nak dapatkan waktu tutorial yang menyebelahi mereka. Saya nak kelas pagi. Tak nak kelas petang. Petang nak tido. Hehe.. Alhamdulillah dapat.
Nak mendaftar kena tulis Nama, No IC dan no ID dan tanda tangan pada kertas yang di tampal
Tak terlepas juga mereka yang tolong daftarkan untuk kawan kawan mereka.
Call. Tanya kawan nak waktu tutorial yang mana satu.
Dalam kesibukan orang mendaftar Supi Supian sempat posing untuk tangkap gambar.
Konklusinya: Mereka sekadar berlakon sahaja. Pada hari kejadian, mereka buat barisan ikut jurusan masing - masing dan mendaftar dengan hemah. Dan tiada sesiapa yang tercedera ketika sesi pendaftaran. Harap maklum. Sekian.
No comments:
Post a Comment