Wednesday, 29 May 2013

Melda Ahmad

Yang sebenarnya saya tidak tahu siapa Melda Ahmad. Mungkin dia seorang penyanyi atau mungkin seorang pelakon. Tapi yang pasti, satu ketika dahulu, saudara ku Aiman telah membuatkan aku jatuh cinta pada lagu Melda Ahmad. Putus dan Kimia.

Ceritanya kalau tak silap ketika di tingkatan 2, selepas peperiksaan akhir tahun. Aiman dan Faris buat sleep over di rumah saya selama seminggu. Ketika zaman kegemilangan tersebut, jiwa remaja mula membuak buak. Sibuk nak layang lagu lagu jiwang. Salah satunya lagu Melda Ahmad.

Tiap - tiap hari selama seminggu di "docterain" untuk dengar lagu ni. Lama - lama hafal tanpa dipaksa. *kan baguih kalau dengar ayat quran* Tapi selepas sleep over, lagu Melda Ahmad sudah jarang di pasang. Mungkin kerana Aiman tak lagi pasangkan lagu itu untuk saya dengar. Atau mungkin saya memang dah lupa mengenai lagu tersebut.

Usai makan di cafe V2 hari ini, sesuatu yang menarik berlaku. Ingat lagi Supi Supian? Beliau menyanyikan satu lagu. Mendengar lirik lagu tersebut buat saya terdiam. Macam pernah dengar lagu ini, tapi di mana ya? Walau tidak dapat mengecam lagu apa yang dinyanyikan oleh Supi, tapi saya mampu mengikut nyanyi bersama beliau.

"Aku duduk sendirian di kamar ku
Menangis kesepian kernamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku"

Melda Ahmad - Putus

Konklusinya: Baru aku perasan betapa jiwangnya lagu tu. HAHAHA.

2 comments: