Alhamdulillah. Majlis pernikahan pada hari ini berjalan lancar. Selamat pengantin baru kepada Abang Kimi dan Kak Mira. Moga Kak Mira dan suami kekal hingga ke syurga allah nanti. Insyallah. Jumpa kat syurga nanti. Eceh. Amin :)
Apa pon, yang paling penting, berpeluang balik kampung. Sejak dari tahun lepas, tak berkesempatan balik kampung. Mana tidaknya, tahun lepas amek SPM. Masa raya pon tak balik kampung sebab SPM punya pasal. Lepas habis SPM pulak, ada interview universiti. Dek kerana fast track, bulan 1 dah masuk universiti. dan ini jauh lebih cepat dari kawan kawan lain.
*Kawan kawan cuti panjang. Saya dah mula belajar balik. Ada baik dan buruknya*
Banyak perkara menarik berlaku hari ni. Balik kampung. Kenduri kahwin. Yang paling menarik dan seronok apabila keputusan peperiksaan semester 1 keluar. Alhamdulillah. Keputusan yang baik. Adalah jugak motivasi untuk memulakan semester ke 2. Markah peperiksaan adalah rahsia. HAHA.
Konklusinya: Semester 2 here I come !
No comments:
Post a Comment