23.05.2013 - Khamis
Pada hari tersebut, rakan sebilik saya selamat keluar dari utp. Memang sedih bila tahu dia nak keluar utp. Masa semester 1 kami tak sebilik. Saya sebilik dengan Amir Omar dan dia sebilik dengan Saniy. Tak tipu saya cakap, masa semester satu saya selalu lepak dengan dia. Terutamanya masa makan malam.
Jam 6.30 saya akan jadi warden dan ketuk pintu bilik dia. Saya ketuk, ketuk dan terus ketuk sampai dia buka. Bila pintu yang diketuk telah dibuka, dengan hemah saya memberi salam dan mengajak dia untuk makan malam sama sama *poyo*
Dan begitulah rutin seharian kami. Sehinggalah sampai suatu hari, beliau mengajak saya untuk sebilik dengannya masa semester 2. Tidak mengambil masa yang lama untuk saya terus bersetuju dengan cadangan beliau. Terbayang - bayang kami makan sama sama di cafe v2 pulak.
Maka, selepas tamat final exam, kami bersama - sama mengemas bilik dan menghantar barang barang kami ke pertempatan baru. Dulu di Village 6 sekarang ini di Village 2. Berkat bantuan abang smart group kami, Abang Arif, kami selesai memindahkan barang barang kami dengan selamat.
Hari terakhir sebelum pulang ke rumah memulakan cuti semester, kami banyak berborak dan berkongsi cerita. Banyak perkara yang kami rancang untuk lakukan masa semester ke 2. Antaranya, misi untuk memulakan business dan misi untuk mendapatkan 4 flat dalam peperiksaan.
Apabila mula semester 2, saya dapat tahu dia akan keluar utp. Dia cakap, dia nak teruskan matlamat dia untuk menjadi doktor. Di utp dia mengambil jurusan ict. Sedih. Hampa. Nak buat macam mana, dalam hidup ni, semua orang ada impian masing masing. Moga apa yang diimpikan tercapai. Menjadi doktor yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.
Apa yang menarik mengenai pemergian rakan sebilik saya ni adalah, dia mengada tak nak keluat utp. Dia bagi masa kat saya 1 minggu untuk mencari pengganti rakan seibilik saya sebelum dia keluar utp. Baguih la tu. Kalau tak jenuh juga memulakan semester ke 2 tanpa sapa - sapa di sisi ni. Terima kasih weh.
Alhamdulillah. Pencarian mencari rakan sebilik berjaya ! Hehe. Nama dia Hafiz Ismail. Dia juga macam saya, rakan sebilik dia, Fathi, telah keluar utp untuk menyambung pelajaran ke Australia satu hari nanti. Jadi Hafiz dan Hafiz kini tinggal sebilik. Selari dengan nama Hafiz. Kami menjaga sesama sendiri. Hehehe..
Gambar Terakhir bersama Imran NurHakim sebelum dia keluar utp
Konklusinya: Saya jadi engineer. Awak jadi doktor. Sama - sama kita bangunkan Baitul Ummah :)
No comments:
Post a Comment