Saturday, 1 June 2013

Kemalangan

27.05.2013

Kita tidak akan tahu bila kita akan ditimpa kemalangan. Tetapi apabila kita ditimpa kemalangan, kita sentiasa mengharapkan, kita mendapat pertolongan dan sokongan yang kita perlukan untuk mengahadapi detik yang mencabar dalam hidup kita ini. Itulah yang berlaku kepada saudara saya Faizal.

Long story short, beliau dilanggar kereta di jalan besar nak masuk ke rumah. Accident dengan kereta semasa nak balik rumah dari masjid selepas Isyak lingkungan jam 9 malam. Kemalangan yang tak disangka - sangka ini memang mengejutkan kami sekeluarga serta sanak saudara semua.

Beliau yang dikejarkan ke hospital diberikan rawatan kecemasan. Apa yang saya tahu, tulang hidungnya patah, hidung belah kiri terkopek, mulut atas pecah. Pembedahan dijalankan dan alhamdulillah sekarang beliau bertambah sembuh. Ada di rumah sedang berehat. Insyaallah, tak lama lagi dah boleh pergi ke sekolah semula.

Gambar ditempat kejadian:

Motor yang dinaiki Faizal 

Kepala Faizal terhempas ke cermin kereta.

Konklusinya: Mohon kepada sesiapa yang membaca mendoakan kesihatan Faizal, agar cepat sembuh. Amin :)

No comments:

Post a Comment