Sunday, 9 June 2013

Calculus

10 . 06 . 2013

Kalau semalam saya boleh push diri saya publish 5 post di blog. Takkan tak dapat push diri saya belajar kan? Come on lah. Misi nya cukup mudah. Duduk depan meja belajar, pilih satu subjek nak belajar dan teruskan usaha untuk belajar. Dah molek nak start belajar, apasal dah menguap? Alahi remaja. Di ajak belajar, ngantuk. Di ajak ber-facebook atau ber-twitter nombor 1.

Subjek nya mudah. Calculus. Adik beradik Add Math. Add Math saya kenal dia masa sekolah menengah. Tapi masa kenal dengan Add Math dulu. Dia sombong sangat. Suka kasi orang pening kepala. Sampai nak nagis pon ada. Tapi akhirnya kami jadi kawan baik. Tak tipu. Kalau tak percaya tanya Encik SPM. Kami siap buat sijil kenangan antara saya dengan add math. *Over*

Masuk universiti, saya dan Add Math berpisah. Dia ada haluan hidup dia saya juga ada haluan hidup saya. Kat universiti, saya jumpa Calculus. Dia adik beradik Add Math. Calculus ni walaupun tegas, hakikatnya dia sangat baik orangnya. Kita cuma perlu ambil masa untuk kenal dia dengan lebih baik. Kalau kita dah kenal. Seronok sangat dengan calculus. Kan Encik Calculus? HaHaHa

Ini namanya nota calculus. HiHi

Konklusinya: Test 1 calculus 26 . 06 . 2013

No comments:

Post a Comment