Sunday, 2 June 2013

Imam Muda Nazrul


Satu lagi program yang sangat bermanfaat yang telah diadakan di Masjid An - Nur utp. Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Nazrul datang ke utp untuk memberikan ceramah. Tajuk yang disampaikan oleh mereka, Realiti Kehidupan Mukmin Hari ini dan Asas Kehidupan Mukmin Yang Berjaya. Kalau tengok dari poster di atas, memang tertarik bebenor untuk hadir ke ceramah mereka.

Program bermula dengan Imam Muda Asyraf memberikan ceramah pada 17 Mei 2013. Sedih kerana tidak berpeluang untuk hadir ke ceramah tersebut. Masih lagi di rumah, menghabiskan saki baki cuti semester. Sehingga sesuatu berlaku. Bertuah pelajar May intake. Dah la baru masuk utp, berpeluang jumpa imam muda Asyraf. *Betulkan niat. Jumpa Imam muda sebab nak belajar. bukan sebab jumpa artis*

Walaupun begitu, Alhamdulillah saya diberikan rezeki untuk menghadiri ceramah Imam Muda Nazrul pada 27 Mei 2013. Beliau yang begitu sempoi dalam memberikan ceramah benar benar mendekati hati remaja yang hadir ke ceramah tersebut. Dalam serius menyampaikan ilmu, kami masih boleh bergelak ketawa dengan gaya penyampaian beliau yang begitu bersahaja. Imam Muda Nazrul sepatutnya menjadi ikutan remaja zaman sekarang.

Asas Kehidupan Mukmin Yang Berjaya

Untuk menjadi mukmin yang berjaya, kita perlu tahu apakah dia asas kepada kehidupan mukmin yang berjaya. Mukmin yang berjaya perlu tahu Allah tidak melihat 'hasil' hambanya sebaliknya, Allah melihat 'usaha' hambanya. Kerana hasil bukanlah kejayaan tetapi usaha kita itu yang menjadi kayu ukur kita berjaya atau tidak.

Jika kita beranggapan 'hasil' sama dengan kejayaan. Maka apabila pencuri berjaya mencuri adakah ini kita katakan kejayaan? Sudah tentu tidak. Sebab itu Allah melihat pada 'usaha' hambanya. Apabila 'usaha' kita berjaya. Insyaallah 'hasil' itu berjaya. Jika 'hasil' tidak seperti apa yang diharapkan, percayalah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Maka, untuk menjadi mukmin yang berjaya, 'usaha' itu perlu diperbaiki. 'usaha' mengikut garis panduan yang telah Allah tetapkan di dalam Al - Quran. Mengamalkan amal maaruf dan nahi mungkar. Sentiasa berkata benar walaupun pahit. Solat dengan khusyuk iaitu dengan menghadirkan hati ketika solat. Kerana solat adalah waktu kita berkomunikasi dengan Allah.

Imam Muda Nazrul

Konklusinya: Hensem jugak mamat berbaju melayu hijau tu. *abaikan*

No comments:

Post a Comment