Sunday, 9 June 2013

Calculus

10 . 06 . 2013

Kalau semalam saya boleh push diri saya publish 5 post di blog. Takkan tak dapat push diri saya belajar kan? Come on lah. Misi nya cukup mudah. Duduk depan meja belajar, pilih satu subjek nak belajar dan teruskan usaha untuk belajar. Dah molek nak start belajar, apasal dah menguap? Alahi remaja. Di ajak belajar, ngantuk. Di ajak ber-facebook atau ber-twitter nombor 1.

Subjek nya mudah. Calculus. Adik beradik Add Math. Add Math saya kenal dia masa sekolah menengah. Tapi masa kenal dengan Add Math dulu. Dia sombong sangat. Suka kasi orang pening kepala. Sampai nak nagis pon ada. Tapi akhirnya kami jadi kawan baik. Tak tipu. Kalau tak percaya tanya Encik SPM. Kami siap buat sijil kenangan antara saya dengan add math. *Over*

Masuk universiti, saya dan Add Math berpisah. Dia ada haluan hidup dia saya juga ada haluan hidup saya. Kat universiti, saya jumpa Calculus. Dia adik beradik Add Math. Calculus ni walaupun tegas, hakikatnya dia sangat baik orangnya. Kita cuma perlu ambil masa untuk kenal dia dengan lebih baik. Kalau kita dah kenal. Seronok sangat dengan calculus. Kan Encik Calculus? HaHaHa

Ini namanya nota calculus. HiHi

Konklusinya: Test 1 calculus 26 . 06 . 2013

Saturday, 8 June 2013

Manifesto Blog

08/06/2013


Kata orang, jangan mudah menabur janji. Nanti makan diri. Manifesto blog bukan main lagi. Setiap hari ada cerita baru. Tapi dah 7 hari tak update. Langsung dah takde apa nak dibaca dalam blog. HaHaHa. Ye saya faham. Dah lama tak update blog.

Apa kan daya. 1 minggu ni macam macam yang berlaku. Ada yang seronok dan ada yang sedih. Tapi semua itu dihadapi dengan hati yang tabah. Makanya Sabtu 08/06/2013 saya update cerita yang berlaku dalam seminggu ni. Ada je cita yang 2 minggu lepas punya. Kira boleh la kan ? 


Muka kepenatan

  • Just a short review about the movie Fast and Furious 6 that I watch with my friend a long long time ago at Aeon Jusco Station 18, Perak. Fast and Furious 6 totally put a twist at the end of the movie. Really shock and Mind blow !

  • Minggu Mesra Kampus sudah sampai ke penghujung. Pengalaman yang menarik dalam menguruskan booth debat dan melihat booth booth lain beroperasi. Bermacam macam ragam yang boleh kita lihat apabila orang menjaga booth.

  • iFest atau nama panjangnya Intelleqtual Festival. Pelbagai program intelektual yang akan diadakan sepanjang 2 minggu karnival berlangsung. Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam program program yang di adakan tau.

  • Program perasmian UTP Sport Carnival. Datang sebagai penonton tetapi akhirnya terlibat sebagai seorang peserta perarakan. Oh. Memang tak disangka sangka langsung. Tapi ada baiknya jugak. Dapat sijil penyertaan. HeHe.

  • Rakan Sebilik, Hafiz Ismail telah mengambil keputusan untuk keluar dari Utp. Beliau mendapat schoolarship untuk sambung belajar ke Jepun. Tak tipu. Sedih bila roomate pertama keluar. Lagi sedih bila romate kedua pulak keluar. Dalam pencarian mencari roomate baru.

Konklusinya: Banyak gila update hari ni . Tak tipu.

Rakan Sebilik (2)

05/06/2013

Sewaktu saya menulis tentang Rakan Sebilik, saya tak sangka yang satu hari nanti saya perlu untuk menulis tentang rakan sebilik (2). Yeah. Mungkin anda dapat teka. Rakan sebilik saya Hafiz Ismail telah keluar dari Utp. Beliau dapat offer untuk belajar di Jepun. 2 tahun persediaan di UM sebelum ke Jepun.

Itulah. Kita merancang allah juga merancang. Dan allah itu sebaik - baik perancang. Ada hikmahnya untuk dia sambung belajar ke Jepun. Ada hikmahnya juga untuk saya mencari roomate yang baru. Yang penting, sama sama memburu dan merialisasikan impian yang dikejar. Insyaallah. Amin :)

 Kemas Barang

Kemas Barang - Barang

*Tipuuuuuuuuuuu*

Sambutan Hari Jadi Hafiz yang ke 18

Persoalannya, Hafiz mana yang nak pindah. Hafiz yang kiri atau Hafiz yang di kanan ? HeHe

Konklusinya: Saya single dan available. Masih mencari roomate baru.

UTP Sports Carnival 2013

05/06/2013


Notis pemberitahuan program UTP Sports Carnival

Sepatunya malam 5 June 2013 saya akan pergi ke kelas co-curriculum yang pertama untuk semester ini. Sangat sangat excited nak cuba main alat - alat gamelan tu. Ketuk ketuk, keluar bunyi. Cool kot. Tapi sayangnya, ada notis yang bagi tahu, kena hadir ke Chancellor Hall untuk perasmian UTP Sports Carnival. 

Nak tak nak kena hadirkan diri. Sebab kehadiran akan diambil sebagai tukar ganti ke kelas co-curriculum. Well played Utp. HaHaHa. Tapi ini juga satu peluang yang menarik. Menghadirkan diri ke sesuatu event. Timba pengalaman Baru. Maka bermulalah satu cerita yang menarik.

Nasrullah Yusup tak habis habis post dekat group mechanical engineering. Dia suruh kami datang program malam tu pakai baju oren. Sebagai tanda sokongan kepada course ME. Rumah sukan di utp dibahagikan mengikut course. Kami rumah sukan ME. Tema baju warna Oren.

Setibanya kami di Chancellor Hall berbaju serba oren, Tiba tiba Nasrullah Yusup cakap, "Bagus korung datang, pergi masuk sana dan terlibat dengan perarakan rumah sukan ME." Wah Memang terbaik ah. Tak ada latihan tiba tiba terus terlibat dengan perarakan. Mantap sangat tu. Masa sekolah rendah, kalau ada hari sukan, bukan main lagi latihan. Nak kasi mantapkan perarakan. Ini langsung takde. Terbaik.

Kami yang terpinga - pinga dengan permintaan Nasrullah Yusup terus masuk dan terlibat dengan acara yang diadakan. Walhal boleh je kami mengelat dan naik ke tempat duduk penonton. Apa kan daya. Bendul. Apa - apa pon, kami berjaya membuat perarakan dengan jayanya. Berarak depan Vice Chancellor dan Deputy Vice Chancellor Utp kot. Anda berpeluang ? HeHe.

Terjumpa Course Mate kami masa masuk dalam dewan

Kami

Dari Kiri NaimDanialAdrian dan Choon Di

Terlibat dengan perarakan yang kurang 10 minit dan dapat Sijil Penyertaan. Mudah bukan ?

Konklusinya: Course Mechanical Engineering pasti akan menang Utp Sport Carnival. HoHoHo.

iFest

01 / 06 / 2013

Design yang cukup menambat hati :)

Kita ada iPhone dan iPad. Sekarang kita ada iFest. Pasti ada yang tertanya - tanya, iFest? Apakah itu? Adakah iFest satu lagi produk baru dari Syarikat Apple? Oh tidak. Sama sekali tidak. iFest adalah sesuatu yang lebih baik daripada itu. iFest mampu memberikan anda satu pengalaman yang sama sekali anda tidak akan lupa *Promote Program* HaHaHa.

iFest atau kami panggil Intelleqtual Festival adalah satu karnival intelektual yang akan berlangsung dari 19 Jun  - 29 Jun. Sepanjang minggu ini, pelbagai program intelektual yang akan diadakan di utp. Sebagai pelajar universiti teknologi petronas, sepatutnya anda tidak boleh lepaskan peluang untuk menyertai program menarik yang akan berlangsung nanti.

Mari kita review program yang diadakan khas untuk anda:

Poster Program yang akan berlangsung sepanjang minggu iFest

  • Tajdid Minda - 21 June 2013 - Main Hall - 9:00pm - 11:00pm
Ceramah yang akan disampaikan oleh Dr Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr MAZA. Bersama - sama dengan Dr Maza, kita memperbaharui minda kita. Ayuh. Takbir ! Allahuakbar !

  •  Global View - Syeikh Hussein Yee - 26 June 2013 - Chancellor Hall - 2:30pm - 5:00pm
Sesiapa yang berminat dengan nama - nama seperti Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik, pasti anda akan kenal dan berminat juga kepada individu yang bernama Syeikh Hussein Yee. Beliau akan hadir ke utp untuk memberikan ceramah "Islamic Renaissance Around The World." Ayuh kita dengarkan ceramah beliau.

  • Simple Innovation Challange - 29 June 2013 - Undercroft
Adakah anda mempunyai idea yang menarik untuk membangunkan islam? Adakah anda mempunyai cadangan yang hebat untuk disumbangkan kepada islam? Malangnya anda tidak ada peluang untuk bersuara dan memberikan pendapat anda? Maka Simple Innovation Challange adalah sesuai untuk anda.

Cara mendaftar cukup mudah. Anda hanya perlu telefon saudara Fahmi atau Abang Man untuk mendaftar. Anda hantarkan resume cadangan anda. Pada 29 June 2013 anda akan membentangkan buah fikiran anda. Menarik tentang pertandingan ini adalah, anda hanya perlu membentangkan idea anda. Jika kami rasa idea anda adalah bernas, anda mampu menjadi johan. Menarik Bukan?


Tidak lupa juga program Percussion Competition

  • Percussion Competition - 28 June 2013 - Chancellor Hall
Anda tahu anda berbakat dalam bermain alat permainan muzik. Anda tahu anda mempunyai kumpulan muzik yang hebat. Anda tahu anda menunggu masa untuk menyerlahkan bakat anda. Maka jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam Percussion Competition. Pengalaman yang menarik bakal terukir dalam hidup anda. Mungkin ini juga batu loncatan untuk anda para pembaca. Hehe.

Konklusinya: Ingat tarikh - tarikh penting. 21 June / 26 June / 28 June / 29 June. Jumpa anda di sana :)

Friday, 7 June 2013

Minggu Mesra Kampus (3)

06 / 06 / 2013

Alhamdulillah. Minggu Mesra Kampus sudah sampai ke penamat. Program yang sangat menarik dan memberikan satu pengalaman baru kepada saya yang baru masuk universiti. Basically Minggu Mesra Kampus diadakan untuk kelab - kelab yang ada di utp. Mereka akan mempromosikan kelab mereka kepada pelajar utp. Anda berminat dengan sesebuah kelab? Daftar dan bergiat aktif dalam kelab tersebut. Mudah Bukan?

Bukan sahaja kelab, malahan booth makanan dan permainan juga turut dibuka. Sambil singgah ke booth booth kelab yang ada, boleh beli makanan. Makan sambil menziarahi kelab. Not a bad idea. Lepas tu ada booth yang sediakan permainan yang boleh di main. Ada game baling dart, tiup bola pingpong, tapi yang paling menarik adalah game paintball. Rm 3 dan anda dapat tembak 10 kali. Tembakan tepat pada 5 botol air dan anda akan dapat hadiah. Seronok bukan?

Karnival yang simple tapi seronok. Glad to be part of it. Enjoy the picture :)

Naim cakap: "Selamat datang ke Minggu Mesra Kampus." Hehe

Medtech

Rakan Masjid

Booth MMK dan MPP

Engineer build robots. True story bro.


Debate Club's Banner

Booth Kelab Debat

Plan asal. Hampir menyerupai yang sebenar. HeHe


:)


Konklusinya: Jom bersedia untuk Minggu Mesra Kampus (MMK) yang seterusnya. HaHaHa.



Fast and Furious 6

Geng Terlibat:

Tersebutlah sebuah kisah, satu hari kami berlima ini ingin keluar berjalan jalan. Destinasi? Ke Aeon Jusco Station 18. Kalau keluar dari utp, belok kiri lepas tu jalan terussssssss je. Insyaallah sampai. *tipu* Motif? Nak pergi tengok cerita Fast and Furious 6 yang baru keluar tu. 

The best part of the movie is the ending. Han nak pergi balik tokyo. Dia sedih sebab Gisele dan mati. Lepas tu ada scene sebuah kereta Mercedes memandu laju di bandar Tokyo. Rupanya ini adalah scene dari The Fast and Furious: Tokyo Drift. Dalam Tokyo Drift, Han cuba melarikan diri dari Drift King dan dilanggar oleh sebuah Mercedes secara tidak sengaja.

Tetapi rupanya terdapat muslihat. Dalam Fast and Furious 6, kita dapat tahu sebenarnya Mercedes itu dengan sengaja melanggar Han dan meragut nyawanya. Lelaki itu membuat panggilan kepada Dominic. "You don't know me yet, But you will." Mind blow ! HaHaHa.

Gambar di cilok dari Facebook Danial Ibnu Zuber

 Muka dah kenyang makan. Mr Faliq cakap "Ish ish. Gemuk betul kau"

Gejala remja tangkap gambar depan cermin semakin menjadi - jadi. HAHAHA.

Bersama dengan dua orang ex - SMS Tuanku Jaafar

Kami Power Rangers

Jumpa Encik Minion. Dia cakap dia berlakon dalam Despicable Me 2

Konklusinya: Bersedialah untuk Fast and Furious 7 ! :D

Monday, 3 June 2013

Minggu Mesra Kampus (2)

03.06.2013

So last night, we have done our best in decorating our debate's booth, Such a fun and interesting experience for me. We hang our debate banner, we decorate the booth, making a big sign board for the booth and making flyer for our debate's club. Lots of other club were also presence last night to prepare their booth. So yeah. Love to see all of this people working hard for Minggu Mesra Kampus

So here is the flyer for our debate's club. Cool isn't it ? Hehehe. 

 The Front Cover

The Back Cover

Feel free to join our debate club. We consist of 3 major part. The Bahasa Melayu debate, The English debate and Mandarin debate. Know your style and choose the best club for you guys. The contact number is there for you guys to call them. 

Konklusinya: Saya jaga booth hari rabu. Jumpa anda di sana :D

Sunday, 2 June 2013

Imam Muda Nazrul


Satu lagi program yang sangat bermanfaat yang telah diadakan di Masjid An - Nur utp. Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Nazrul datang ke utp untuk memberikan ceramah. Tajuk yang disampaikan oleh mereka, Realiti Kehidupan Mukmin Hari ini dan Asas Kehidupan Mukmin Yang Berjaya. Kalau tengok dari poster di atas, memang tertarik bebenor untuk hadir ke ceramah mereka.

Program bermula dengan Imam Muda Asyraf memberikan ceramah pada 17 Mei 2013. Sedih kerana tidak berpeluang untuk hadir ke ceramah tersebut. Masih lagi di rumah, menghabiskan saki baki cuti semester. Sehingga sesuatu berlaku. Bertuah pelajar May intake. Dah la baru masuk utp, berpeluang jumpa imam muda Asyraf. *Betulkan niat. Jumpa Imam muda sebab nak belajar. bukan sebab jumpa artis*

Walaupun begitu, Alhamdulillah saya diberikan rezeki untuk menghadiri ceramah Imam Muda Nazrul pada 27 Mei 2013. Beliau yang begitu sempoi dalam memberikan ceramah benar benar mendekati hati remaja yang hadir ke ceramah tersebut. Dalam serius menyampaikan ilmu, kami masih boleh bergelak ketawa dengan gaya penyampaian beliau yang begitu bersahaja. Imam Muda Nazrul sepatutnya menjadi ikutan remaja zaman sekarang.

Asas Kehidupan Mukmin Yang Berjaya

Untuk menjadi mukmin yang berjaya, kita perlu tahu apakah dia asas kepada kehidupan mukmin yang berjaya. Mukmin yang berjaya perlu tahu Allah tidak melihat 'hasil' hambanya sebaliknya, Allah melihat 'usaha' hambanya. Kerana hasil bukanlah kejayaan tetapi usaha kita itu yang menjadi kayu ukur kita berjaya atau tidak.

Jika kita beranggapan 'hasil' sama dengan kejayaan. Maka apabila pencuri berjaya mencuri adakah ini kita katakan kejayaan? Sudah tentu tidak. Sebab itu Allah melihat pada 'usaha' hambanya. Apabila 'usaha' kita berjaya. Insyaallah 'hasil' itu berjaya. Jika 'hasil' tidak seperti apa yang diharapkan, percayalah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Maka, untuk menjadi mukmin yang berjaya, 'usaha' itu perlu diperbaiki. 'usaha' mengikut garis panduan yang telah Allah tetapkan di dalam Al - Quran. Mengamalkan amal maaruf dan nahi mungkar. Sentiasa berkata benar walaupun pahit. Solat dengan khusyuk iaitu dengan menghadirkan hati ketika solat. Kerana solat adalah waktu kita berkomunikasi dengan Allah.

Imam Muda Nazrul

Konklusinya: Hensem jugak mamat berbaju melayu hijau tu. *abaikan*

Saturday, 1 June 2013

Sambung Belajar (4) - Bye - Bye :)

First I was like:


The I was like:


Sometimes I feel that it is a wrong thing to do. Teasing this people that I want to go out from utp and go to other university. The fact is, I am going to stay in utp. So we are going to be together for the next 5 years. I am sorry to prank you guys. Yeah. Really sorry. I don't want to end up being like the pengembala kambing. Losing the trust of people around me. 

In the first picture, I meant to say "Bye bye home and Welcome utp :)". In the second picture, it is true that my parent come to utp to pick me up. But I ain't gonna go out from utp. Technically, I am just saying bye bye utp. I want to go for a vacation with my family around Perak. 

Yeah. So I hope I have clarify all the misunderstanding among you guys. *Menggelabah. Orang tak kesah pon kalau kau nak keluar atau stay utp* HAHAHA. I do believe that some people care if I want to go out from utp or not. That is something that I want to believe :P

Konklusinya: I'll be back in utp this Sunday :)

Kisah Pengembala Kambing dan Serigala

Saiful adalah seorang pengembala kambing yang tinggal di sebuah kampung yang aman dan damai. Setiap pagi, orang kampung akan bangun awal untuk bekerja. Sebagai pengembala kambing, Saiful akan membawa kambing kambingnya untuk meragut rumput. 

Saiful yang masih muda sering kali bosan dengan pekerjaannya. Dia merasakan pekerjaannya tidak mempunyai apa apa cabaran. Dia hanya perlu membawa kambing kambing ini untuk pergi meragut rumput. Sampailah suatu hari, Saiful mendapat ilham untuk menghiburkan kehidupan hariannya.

Pagi ketika membawa kambing kambing nya makan, Saiful menjerit "Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !" Saiful menjerit dengan sepenuh kekuatannya. Orang kampung yang mendengar jeritan Saiful, bergegas untuk membantu.

Setibanya orang kampung ditempat Saiful, mereka hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun. Dalam kebingungan, Saiful ketawa terbahak bahak. "HAHAHAHA. Aku main main sahaja. Mana ada serigala yang nak makan kambing aku. Tak sangka kamu semua percaya. HAHAHA."

Ada yang marah, ada yang rasa kecewa. Orang kampung yang telah ditipu oleh Saiful, memberikan nasihat kepada Saiful agar tidak mengulangi perbuatannya itu. Saiful sedikit pun tidak rasa bersalah. Sebaliknya, dia merasakan dirinya telah melakukan sesuatu yang menghiburkan hatinya.

Hari esok tiba dengan pantas. Saiful membawa kambingnya meragut rumput. Dia yang kebosanan, sekali lagi menjerit meminta tolong."Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !" Orang kampung yang mendengar jeritan Saiful tetap bergegas hendak membantu Saiful walaupun mereka pernah ditipu oleh Saiful.

Setibanya orang kampung ditempat Saiful, mereka hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun. Mereka sedar mereka telah ditpu sekali lagi oleh Saiful. Saiful ketawa terbahak bahak. "HAHAHAHA. Aku main main sahaja. Mana ada serigala yang nak makan kambing aku. Tak sangka kamu semua percaya. HAHAHA."

Orang kampung benar benar marah. Mereka terus bergegas meninggalkan Saiful dan kambing kambingnya. Saiful tidak menghiraukan penduduk kampung. Sebaliknya, dia bangga dapat menghiburkan hatinya untuk hari yang kedua. Dia tidak sedar, perbuatannya itu hanya akan memakan dirinya pada masa hadapan kelak.

Setelah beberapa minit kemudian. Saiful yang sedang gembira menjadi pucat. Kali ini dia betul betul nampak ada serigala yang datang menghampiri kambing kambingnya. Saiful yang lemah apabila keseorangan, hanya mampu meminta pertolongan orang kampung menghalau serigala ini daripada memakan kambing kambingnya.

"Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong !" Malangnya, penduduk kampung tidak menghiraukan jeritan Saiful. Saiful menjadi panik. "Tolong ! Tolonng ! Ada serigala yang nak makan kambing aku! Tolong ! Tolong ! Aku tidak tipu. Percayalah aku !" Tetapi tiada orang kampung yang datang untuk membantunya.

Kambing kambing Saiful selamat dimakan oleh serigala tersebut. Mujur Saiful selamat daripada menjadi makanan Serigala. Mungkin dek kerana Serigala sudah kenyang memakan semua kambing kambing Saiful. Saiful sedih. Saiful pelik. Kenapa orang kampung tidak datang membantunya ketika dia memerlukan pertolongan.

Barulah dia sedar. Dia dah mempermaikan hati dan perasaan orang orang kampung. Pada dasarnya, orang orang kampung ini percaya kepada Saiful. Mereka berusaha bersungguh sungguh untuk membantu Saiful ketika Saiful meminta tolong. Tetapi mereka ditipu oleh Saiful bukan satu tapi dua kali. Sehingga mereka tidak lagi percaya kepada Saiful.

Konklusinya: Jangan mempermainkan kepercayaan yang telah orang ada pada kita. Kelak kita yang akan menyesal pada masa akan datang. TaMaT.

Kemalangan

27.05.2013

Kita tidak akan tahu bila kita akan ditimpa kemalangan. Tetapi apabila kita ditimpa kemalangan, kita sentiasa mengharapkan, kita mendapat pertolongan dan sokongan yang kita perlukan untuk mengahadapi detik yang mencabar dalam hidup kita ini. Itulah yang berlaku kepada saudara saya Faizal.

Long story short, beliau dilanggar kereta di jalan besar nak masuk ke rumah. Accident dengan kereta semasa nak balik rumah dari masjid selepas Isyak lingkungan jam 9 malam. Kemalangan yang tak disangka - sangka ini memang mengejutkan kami sekeluarga serta sanak saudara semua.

Beliau yang dikejarkan ke hospital diberikan rawatan kecemasan. Apa yang saya tahu, tulang hidungnya patah, hidung belah kiri terkopek, mulut atas pecah. Pembedahan dijalankan dan alhamdulillah sekarang beliau bertambah sembuh. Ada di rumah sedang berehat. Insyaallah, tak lama lagi dah boleh pergi ke sekolah semula.

Gambar ditempat kejadian:

Motor yang dinaiki Faizal 

Kepala Faizal terhempas ke cermin kereta.

Konklusinya: Mohon kepada sesiapa yang membaca mendoakan kesihatan Faizal, agar cepat sembuh. Amin :)

Minggu Mesra Kampus (1)


Official MMK May 13 Facebook Page :

Date: 4 - 6  June 2013
Day: Tuesday - Thursday
Time: 9:00 am - 5:00 pm
Venue: Pocket C


WHAT'S THERE? 
  • booths for almost all the clubs n societies in UTP (on-the-stop recruitment!) > this is your chance to get involved
  • amazing food ! > tonnes of food stalls
  • GaMEsZZ! :
  1. Running Man! (get into teams of 4, and register today at runningman.mmk@gmail.com. admission fee : RM10)
  2. Dribble Zone (show off your football skills)
  3. Sharp Shooter.
  4. Water Ping Pong.
  5. Aerobic Competition > see your friends perform aerobic routines throughout MMK in conveying the theme of "Healthy Lifestyle!"
  6. LIVE SHOW! > first time ever done for MMK. Get the message conveyed by watching our spontaneous scenes
  • AND MANY MORE... just come to see for yourself! So don't forget to drop by and bring all your buds, coz it's certainly worth going to.. !
  • TONNES OF PRIZES ARE WAITING FOR YOU. SO DON'T MISS OUT!!!!

Konklusinya: Saya jaga booth debate. Jumpa anda di sana :3