Sunday, 9 June 2013

Calculus

10 . 06 . 2013

Kalau semalam saya boleh push diri saya publish 5 post di blog. Takkan tak dapat push diri saya belajar kan? Come on lah. Misi nya cukup mudah. Duduk depan meja belajar, pilih satu subjek nak belajar dan teruskan usaha untuk belajar. Dah molek nak start belajar, apasal dah menguap? Alahi remaja. Di ajak belajar, ngantuk. Di ajak ber-facebook atau ber-twitter nombor 1.

Subjek nya mudah. Calculus. Adik beradik Add Math. Add Math saya kenal dia masa sekolah menengah. Tapi masa kenal dengan Add Math dulu. Dia sombong sangat. Suka kasi orang pening kepala. Sampai nak nagis pon ada. Tapi akhirnya kami jadi kawan baik. Tak tipu. Kalau tak percaya tanya Encik SPM. Kami siap buat sijil kenangan antara saya dengan add math. *Over*

Masuk universiti, saya dan Add Math berpisah. Dia ada haluan hidup dia saya juga ada haluan hidup saya. Kat universiti, saya jumpa Calculus. Dia adik beradik Add Math. Calculus ni walaupun tegas, hakikatnya dia sangat baik orangnya. Kita cuma perlu ambil masa untuk kenal dia dengan lebih baik. Kalau kita dah kenal. Seronok sangat dengan calculus. Kan Encik Calculus? HaHaHa

Ini namanya nota calculus. HiHi

Konklusinya: Test 1 calculus 26 . 06 . 2013

Saturday, 8 June 2013

Manifesto Blog

08/06/2013


Kata orang, jangan mudah menabur janji. Nanti makan diri. Manifesto blog bukan main lagi. Setiap hari ada cerita baru. Tapi dah 7 hari tak update. Langsung dah takde apa nak dibaca dalam blog. HaHaHa. Ye saya faham. Dah lama tak update blog.

Apa kan daya. 1 minggu ni macam macam yang berlaku. Ada yang seronok dan ada yang sedih. Tapi semua itu dihadapi dengan hati yang tabah. Makanya Sabtu 08/06/2013 saya update cerita yang berlaku dalam seminggu ni. Ada je cita yang 2 minggu lepas punya. Kira boleh la kan ? 


Muka kepenatan

  • Just a short review about the movie Fast and Furious 6 that I watch with my friend a long long time ago at Aeon Jusco Station 18, Perak. Fast and Furious 6 totally put a twist at the end of the movie. Really shock and Mind blow !

  • Minggu Mesra Kampus sudah sampai ke penghujung. Pengalaman yang menarik dalam menguruskan booth debat dan melihat booth booth lain beroperasi. Bermacam macam ragam yang boleh kita lihat apabila orang menjaga booth.

  • iFest atau nama panjangnya Intelleqtual Festival. Pelbagai program intelektual yang akan diadakan sepanjang 2 minggu karnival berlangsung. Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam program program yang di adakan tau.

  • Program perasmian UTP Sport Carnival. Datang sebagai penonton tetapi akhirnya terlibat sebagai seorang peserta perarakan. Oh. Memang tak disangka sangka langsung. Tapi ada baiknya jugak. Dapat sijil penyertaan. HeHe.

  • Rakan Sebilik, Hafiz Ismail telah mengambil keputusan untuk keluar dari Utp. Beliau mendapat schoolarship untuk sambung belajar ke Jepun. Tak tipu. Sedih bila roomate pertama keluar. Lagi sedih bila romate kedua pulak keluar. Dalam pencarian mencari roomate baru.

Konklusinya: Banyak gila update hari ni . Tak tipu.

Rakan Sebilik (2)

05/06/2013

Sewaktu saya menulis tentang Rakan Sebilik, saya tak sangka yang satu hari nanti saya perlu untuk menulis tentang rakan sebilik (2). Yeah. Mungkin anda dapat teka. Rakan sebilik saya Hafiz Ismail telah keluar dari Utp. Beliau dapat offer untuk belajar di Jepun. 2 tahun persediaan di UM sebelum ke Jepun.

Itulah. Kita merancang allah juga merancang. Dan allah itu sebaik - baik perancang. Ada hikmahnya untuk dia sambung belajar ke Jepun. Ada hikmahnya juga untuk saya mencari roomate yang baru. Yang penting, sama sama memburu dan merialisasikan impian yang dikejar. Insyaallah. Amin :)

 Kemas Barang

Kemas Barang - Barang

*Tipuuuuuuuuuuu*

Sambutan Hari Jadi Hafiz yang ke 18

Persoalannya, Hafiz mana yang nak pindah. Hafiz yang kiri atau Hafiz yang di kanan ? HeHe

Konklusinya: Saya single dan available. Masih mencari roomate baru.